Sunday, 8 September 2013

            PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA 



WAU BULAN


  • Wau bulan merupakan sebuah permainan tradisional yang berasal daripada negeri Kelantan. Permainan ini selalunya popular di kalangan masyarakat yang menetap di Pantai Timur.
  • Wau bulan selalunya direka dengan mengikut bentuk bulan sabit. bahagian ekornya pula direka dalam bentuk separa bulatan. 
  •  Apabila diterbangkan di angkasa, wau bulan akan kelihatan seperti bulan yang berada di angkasa, kerana itu, wau ini diberikan nama wau bulan.
  • Pada asalnya, wau bulan telah mula dimainkan sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi.

BATU SEREMBAN


 


  • Juga dikenali dengan nama serambut atau selembat. 
  • Dimainkan secara beramai-ramai dalam kumpulan atau secara berpasangan.
  • Selalunya popular dalam kalangan kanak-kanak atau golongan kaum Hawa.
  • Dimainkan dengan menggunakan batu-batu kecil, bijih getah dan juga beras atau pasir yang diisikan di dalam kain kecil.


CONGKAK




  • Congkak merupakan sebuah permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak dan golongan wanita di Malaysia.
  • Merupakan antara permainan yang paling popular di Malaysia.
  • Alatan yang diperlukan untuk bermain congkak ialah papan congkak dan buah congkak.
  • Pada zaman dahulu, lubang digali pada tanah untuk dijadikan papan congkak dan buah congkak digantikan dengan bijih saga atau guli kaca.