Wau bulan merupakan sebuah permainan tradisional yang berasal daripada negeri Kelantan. Permainan ini selalunya popular di kalangan masyarakat yang menetap di Pantai Timur.
Wau bulan selalunya direka dengan mengikut bentuk bulan sabit. bahagian ekornya pula direka dalam bentuk separa bulatan.
Apabila diterbangkan di angkasa, wau bulan akan kelihatan seperti bulan yang berada di angkasa, kerana itu, wau ini diberikan nama wau bulan.
Pada asalnya, wau bulan telah mula dimainkan sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi.
BATU SEREMBAN
Juga dikenali dengan nama serambut atau selembat.
Dimainkan secara beramai-ramai dalam kumpulan atau secara berpasangan.
Selalunya popular dalam kalangan kanak-kanak atau golongan kaum Hawa.
Dimainkan dengan menggunakan batu-batu kecil, bijih getah dan juga beras atau pasir yang diisikan di dalam kain kecil.
CONGKAK
Congkak merupakan sebuah permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak dan golongan wanita di Malaysia.
Merupakan antara permainan yang paling popular di Malaysia.
Alatan yang diperlukan untuk bermain congkak ialah papan congkak dan buah congkak.
Pada zaman dahulu, lubang digali pada tanah untuk dijadikan papan congkak dan buah congkak digantikan dengan bijih saga atau guli kaca.
No comments:
Post a Comment