PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
- Wau bulan merupakan sebuah permainan tradisional yang berasal daripada negeri Kelantan. Permainan ini selalunya popular di kalangan masyarakat yang menetap di Pantai Timur.
- Wau bulan selalunya direka dengan mengikut bentuk bulan sabit. bahagian ekornya pula direka dalam bentuk separa bulatan.
- Apabila diterbangkan di angkasa, wau bulan akan kelihatan seperti bulan yang berada di angkasa, kerana itu, wau ini diberikan nama wau bulan.
- Pada asalnya, wau bulan telah mula dimainkan sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi.
BATU SEREMBAN
- Juga dikenali dengan nama serambut atau selembat.
- Dimainkan secara beramai-ramai dalam kumpulan atau secara berpasangan.
- Selalunya popular dalam kalangan kanak-kanak atau golongan kaum Hawa.
- Dimainkan dengan menggunakan batu-batu kecil, bijih getah dan juga beras atau pasir yang diisikan di dalam kain kecil.
CONGKAK
- Congkak merupakan sebuah permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak dan golongan wanita di Malaysia.
- Merupakan antara permainan yang paling popular di Malaysia.
- Alatan yang diperlukan untuk bermain congkak ialah papan congkak dan buah congkak.
- Pada zaman dahulu, lubang digali pada tanah untuk dijadikan papan congkak dan buah congkak digantikan dengan bijih saga atau guli kaca.